 |




HOME
KOLEKSI GAMBAR
MADAH & PUISI
CERITA LUCU
LAMAN KHAS
LINKS MENARIK
Mungkin ramai
yang hairan mengapa laman web ini telah berubah tapi apa-apa sahaja boleh
berlaku tak kira ianya kita suka ataupun tidak. Sebelum ini laman web ini
merupakan laman web silat iaitu Pertubuhan Seni
Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Caw. Melor, Kelantan. Tetapi kini ia
berubah menjadi laman web peribadi. Walau bagaimana pun ia tetap juga terdapat
unsur-unsur seni beladiri, walaupun tidak menyeluruh kerana Seni Beladiri adalah
minat saya yang mendalam dari dulu lagi. Laman web baru ini lebih berunsur
kepada Ilmiah dan Ketenangan Jiwa
kerana ia juga di muatkan madah-madah indah, puisi, cerita-cerita lucu dan
links-links yang menarik. Saya juga menerima sebarang cadangan untuk dimuatkan
dalam laman web saya andai kata ia adalah baik dan berguna untuk semua.
Tentu anda semua tertanya siapakah saya
yang sebenarnya. Dibawah ni saya sediakan sedikit sebanyak cerita tentang saya.
Saya harap anda semua berpuas hati dan dapat sedikit sebanyak ilmu yang berguna.

Nama saya KAMARUZAMAN BIN HASHIM, saya berumur 27 tahun.
Saya dilahirkan di Kg. Sura Tengah, Dungun Trengganu. Saya mula mendapat
pendidikan awal di Sek. Keb. Bandar Termerloh, Pahang. Pada umur saya 9 tahun
iaitu ketika darjah 3 saya telah berpindah ke Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok
Kelantan. Saya bersekolah menengah di Sek. Men. Keb. Beris Panchor, Bachok
Kelantan. Pada tahun 1996 saya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Kota Bharu.
Sekarang saya telah bekerja disalah sebuah jabatan kerajaan. Saya mula
mempelajari Seni Mempertahankan Diri sejak berusia 12 tahun. Guru pertama saya
adalah Pak Jab Dari PSSPGM Caw. Kota bharu, Kelantan. Selepas itu saya
menyambung minat saya melalui Cikgu Muzairie dan Abe Lam Bachok dari PSSPGM Caw.
Bachok, Kelantan. Disamping itu juga mempelajari silat kampong dan Beladiri lain
seperti Silat Tongkat, Silat Jatuh, Silat Spelet dan Muay Thai. Sekarang ni saya
masih bergiat aktif dalam beladiri iaitu saya sekarang bernaung dibawah
Pertubuhan seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia (PSSGWSM)
Negeri Kelantan.
LAST
UP-DATE
23 JULAI
2005

Web Master
kamaruzaman_hashim@yahoo.com.my